|
HJH KAMARIAH BT MAT ALI
GURU BESAR SKSK
Setulus Kata Seulas Bicara
Daripada Tuan Guru Besar
Sk Sri Kelewek
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbrth
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, syukur yang tidak terhingga dirafakkan kepada yang Maha Esa kerana dengan izinnya pada tahun 2014 ini, program j-QAF di Sk Sri kelewek diteruskan lagi untuk tahun ke 8 bermula tahun 2007. Ini bermakna semua murid SKSK dari tahun satu hingga enam termasuk di bawah program
j-QAF yang tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam.
Semenjak program j-QAF diperkenalkan di sekolah ini, banyak perubahan positif telah berlaku terhadap suasana pembelajaran di sekolah ini, samada P&P di bilik darjah mahupun akhlak murid di luar bilik darjah. Murid-murid telah mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, kualiti solat dipertingkatkan, membaca tulisan jawi dengan lebih baik dan program khatam Al--QURAN dijadikan program tahunan Panitia Pendidikan Islam.
Melihat kepada perkembangan yang memberangsangkan ini, saya berharap agar guru-guru j-QAF dapat meneruskan usaha murni mereka untuk mendidik anak-anak SKSK seterusnya memantapkan Pendidikan Islam di sekolah ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam & j-QAF Sk Sri Kelewek atas jasa bakti dan komitmen padu dan kental selama ini dalam menaikkan nama sekolah dalam bidang kecemerlangan Pendidikan Islam pada tahun 2014 ini. Semoga semangat berpasukan yang dipupuk selama ini akan terus digembleng untuk menempa piala pada tahun-tahun mendatang.. Insyaallah
“ Sejambak kasih diucapkan atas sekalung budi yang ditabur”
Sekian, terima kasih.
USTAZ IBRAHIMBIJURI B MAT TAMAT
PENYELARAS J-QAF
SEKAPUR SIREH
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dengan berkat serta rahmat Allah swt buku pengurusan program j-QAF 2014 Sk Sri Kelewek ini berjaya disiapkan. Mudah mudahan buku ini menjadi salah satu panduan dan mercu kerjasama dalam pengemblengan fikrah secara kolektif oleh guru- guru GPI dan j-QAF dan ini akan menjadi landasan dalam memperkukuhkan lagi amalan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang menjadi tanggungjawab utama pendidik.
Sesungguhnya cabaran besar dalam melaksanakan program j-QAF ialah bagaimana kita menguruskan tanggungjawab kita supaya segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kesan yang lebih bermakna. Pengajaran yang disampaikan bukanlah terhenti pada kekuatan ilmu dan kemahiran yang mampu dimiliki oleh anak-anak didik kita, tetapi ianya harus melebar jauh ke sanubari sehingga menghasilkan pendidikan berterusan melalui amalan murni dalam kehidupan seharian mereka. Pada Allah jua kita memohon restu agar segala usaha yang dicurahkan menjadi amal bakti yang subur lagi berkat.
Selamat maju jaya untuk Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara.
KELAS PEMULIHAN JAWI
Peruntukan waktu jawi/pemulihan jawi adalah 1 waktu seminggu sepanjang tahun dari tahun 1 hingga 6. Jawi tahun 1 enam bulan pertama masih boleh dikekalkan 2 waktu tetapi waktu pemulihan jawi hanya sekali. Pelaksanaan PdP jawi adalah fleksibel, boleh dianjalkan agar waktu PdP jawi menjadi 1 jam setiap 2 minggu. TASMIK
Pelaksanaan 2 waktu Tasmik Tahap Satu boleh dimasukkan dalam jadual dan tidak semestinya diletak dihujung waktu untuk mengelak pertembungan.Pelaksanaan Tasmik boleh melibatkan Guru j-QAF, GPI dan Guru-guru Islam yang berkelayakan. Pelaksanaan Tasmik Tahap Dua masih di luar jadual waktu. BAHAN DAN KEMUDAHAN
|
BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Model Bahasa Arab di ajar 2 waktu seminggu bagi kelas KBSR dan 3 waktu seminggu bagi kelas KSSR. KEM BESTARI SOLAT
Pelaksanaan Kem Bestari Solat masih dikekalkan 4 kali setahun. Program ini dilaksanakan empat kali selama (40jam). Pihak sekolah diberikan pilihan untuk melaksanakan program ini secara separuh hari atau sehari dengan syarat dilaksanakan semua aktiviti dan jumlah masa yang telah ditetapkan dalam model ini. Peruntukan Kem Bestari Solat pada tahun ini adalah RM 1.50 / murid bagi setiap 1 kem. |
KHATAM AL-QURAN
Pelaksanaan Model Khatam Al-Quran menggunakan waktu PI sebanyak 3 waktu sepanjang tahun. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al- quran akan meneruskan kaedah iqra(Kem Lerasi Al-Quran). Penglibatan pengajaran kelas al-quran sekurang-kurangnya seorang guru j-QAF bersama GPI. KONSEP KOLABORATIF PROGRAM
J-QAF Model Khatam Al-Quran GPI mengajar bersama 1 – 1/2/3 Guru j-QAF di kelas yang sama. Model Pemulihan Jawi GPI mengajar di kelas dan Guru j-QAF mengajar murid pemulihan pada waktu yang sama di tempat berasingan. Ulum Syariah GPI mengajar sendirian di kelas. Guru LPBS j-QAF boleh mengajar Ulum untuk latihan |